About SEDA Policies Net Metering Statistics & Monitoring Feed-in Tariff (FiT) EE Download & Media Directory Events & Trainings FAQ
Events & Trainings
Energy Demand Management
Energy Audit Conditional Grant-Commercial Building
Sustainable Low Carbon Building Assessment
Event List
Check Booking
Trainings
GCPV Systems Design Course
GCPV for Wireman & Chargeman
OGPV Systems Design Course
Solar PV Installation and Maintenance
O&M Biogas Power Plant
CDP for GCPV Design QPs
EE & EM Training Program
Books for Sale
Photo Gallery
Quota Opening
Quota Opening 2016
Quota Opening 2015
Quota Opening 2014


Home  »  Events & Trainings  »  Trainings  »  Solar PV Installation and Maintenance


Pemasangan dan Penyenggaraan Sistem Solar Fotovolta Tersambung Grid
 

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (Sustainable Energy Development Authority Malaysia – SEDA Malaysia) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726]. Peranan utama SEDA Malaysia adalah untuk mentadbir dan menguruskan pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (Feed-in Tariff - FiT)  yang telah diberi mandat di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu (TBB) 2011 [Akta 725]. Di bawah akta ini, terdapat lima (5) sumber boleh baharu yang telah dikenalpasti dan memenuhi kriteria untuk dilaksanakan dan mendapat faedah dari mekanisma FiT iaitu biojisim, biogas, hidrokuasa kecil, solar fotovolta (PV) dan geoterma.

Teras Tiga (3) Polisi dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Baharu Nasional, menjelaskan keperluan untuk mempergiatkan usaha pembangunan modal insan dalam industri Tenaga Boleh Baharu (TBB). SEDA Malaysia amat maklum terdapat keperluan yang kritikal untuk meningkatkan pengetahuan dan kompetensi pekerja tempatan dalam bidang solar PV bagi memastikan sistem yang akan dipasang adalah berkualiti, mematuhi piawaian yang ditetapkan dan dapat bertahan lama. Oleh yang demikian, SEDA Malaysia telah membangunkan kursus latihan Pemasangan dan Penyenggaraan Sistem Solar Fotovolta (PV) Tersambung Grid untuk meningkatkan kecekapan Penyedia Perkhidmatan solar PV tempatan.

Kursus ini akan diadakan di Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Utara, Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC) dan Terengganu Skills Development Centre (TESDEC). Yuran adalah termasuk kos bahan pembelajaran (buku) dan makan & minum sepanjang kursus dijalankan. Walaubagaimanapun Yuran tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan peserta ke pusat latihan. 

Maklumat lanjut berkenaan kursus:

Sebarang pertanyaan berkenaan kursus ini, sila emailkan kepada: pvtraining@seda.gov.my atau hubungi:

i. Mr. David Khoo (solarpv@shrdc.org.my) di talian (03) 5513 3560 bagi Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)

ii. En. Zolkefli bin Abdullah (zolabmu@yahoo.com.my) di talian (04) 924 2200 bagi Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara

iii. Pn. Norhaziati (norhaziati@kismec.org.my) di talian (04) 4414619/4414621 bagi Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC)

iv. En. Rosli bin Mohd (rosli@tesdec.edu.my) di talian (09) 627 2222 ext 2260 bagi Terengganu Skills Development Centre (TESDEC)

v. Pn. Noryana Yahya (noryana@gmi.edu.my) di talian (03) 8921 9241 bagi German-Malaysian Institute (GMI)

 

Jadual kursus bagi tahun 2019:

i. Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)

No Kod Pengambilan Status
       

ii. Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara

No Kod Pengambilan Status
       

iii. Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC)

No Kod Pengambilan Status
1 IMK19-01 April 2019 Open
2 IMK19-02 Jun 2019 Open

iv. Terengganu Skills Development Centre (TESDEC)

No Kod Pengambilan Status
       

iv. German-Malaysian Institute (GMI)

No Kod Pengambilan Status
1 IMG19-01 2nd Sep 2019 - 20th Dec 2019 Open

Buku Pemasangan dan Penyenggaraan Sistem Solar Fotovolta Tersambung Grid kini dijual. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 
Copyright © 2023 SEDA Malaysia. All Rights Reserved.
Terms and Conditions of Use Links Enquiry Contact Us FAQs Sitemap