1. Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat / pembekal yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tawaran ini diiklankan untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT
HARGA
|
TAJUK
|
KOD
BIDANG
|
TARIKH IKLAN
DAN
TARIKH TUTUP
|
SEDA(SH)-01/2019
|
PEROLEHAN HIJAU: TAWARAN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN MENULIS, MEREKABENTUK, MENGEMASKINI DAN MEMUATNAIK E-MAJALAH “SUSTAINABLE ENERGY MAGAZINE” UNTUK TAHUN 2019 BAGI SEDA MALAYSIA
|
221601, 221607
sehingga
221615
dan / atau
222004
sehingga
222008
|
Tarikh Iklan:
8 Februari 2019
(Jumaat)
Tarikh Tutup:
22 Februari 2019
(Jumaat)
Masa:
12:00 Tengah Hari
|
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi PEROLEHAN HIJAU: TAWARAN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN MENULIS, MEREKABENTUK, MENGEMASKINI DAN MEMUATNAIK E-MAJALAH “SUSTAINABLE ENERGY MAGAZINE” UNTUK TAHUN 2019 BAGI SEDA MALAYSIA UNTUK (3) ISU (MEI, OGOS DAN DISEMBER) TAHUN 2019 BAGI SEDA MALAYSIA
3. Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual pada 11 Februari 2019 (Isnin) sehingga 15 Februari 2019 (Rabu) dengan harga sebanyak RM150.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) secara TUNAI sahaja. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pembekal. Pembekal hendaklah membawa satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Cop Syarikat semasa membeli Dokumen Sebut Harga.
4. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
5. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
6. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan. |