About SEDA Policies Net Metering Statistics & Monitoring Feed-in Tariff (FiT) EE Download & Media Directory Events & Trainings FAQ
ANNOUNCEMENTS
PEROLEHAN HIJAU: TAWARAN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN MENULIS, MEREKABENTUK, MENGEMASKINI DAN MEMUATNAIK E-MAJALAH “SUSTAINABLE ENERGY MAGAZINE” UNTUK TAHUN 2019 BAGI SEDA MALAYSIA   04/04/2019
Keputusan Sebut Harga SEDA(SH)-01/2019: Perolehan Hijau – Tawaran Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Menulis, Merekabentuk, Mengemaskini Dan Memuatnaik E-Majalah “Sustainable Energy Magazine” Untuk Tahun 2019 Bagi SEDA Malaysia   03/04/2019
MINISTER YEO: THE FUTURE IS LOOKING BRIGHT WITH POSITIVE GROWTH RECORDED FOR NEW ENHANCE NET ENERGY METERING (NEM) PROGRAMME   20/03/2019
PEROLEHAN HIJAU: TAWARAN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN MENULIS, MEREKABENTUK, MENGEMASKINI DAN MEMUATNAIK E-MAJALAH “SUSTAINABLE ENERGY MAGAZINE” UNTUK TAHUN 2019 BAGI SEDA MALAYSIA   08/02/2019
Continuous Development Programme (CDP) for SEDA Malaysia Grid-Connected Solar PV Systems Design Qualified Persons (QPs)   28/01/2019
Results of the e-bidding process (19th November 2018 to 3rd December 2018) for Biogas projects   28/01/2019
REGISTERED SOLAR PV INVESTOR UNDER THE NET ENERGY METERING (NEM) SCHEME BY SEDA MALAYSIA   19/12/2018
List of bidders that have successfully made payment and qualified for the bid evaluation stage   11/12/2018


Home  »  Announcements


PEROLEHAN HIJAU: TAWARAN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN MENULIS, MEREKABENTUK, MENGEMASKINI DAN MEMUATNAIK E-MAJALAH “SUSTAINABLE ENERGY MAGAZINE” UNTUK TAHUN 2019 BAGI SEDA MALAYSIA
 
1. Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat / pembekal yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tawaran ini diiklankan untuk membekalkan perkhidmatan berikut: 
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi PEROLEHAN HIJAU: TAWARAN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN MENULIS, MEREKABENTUK, MENGEMASKINI DAN MEMUATNAIK E-MAJALAH “SUSTAINABLE ENERGY MAGAZINE” UNTUK TAHUN 2019 BAGI SEDA MALAYSIA.
 
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada firma / syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini dan akan diadakan pada 8 April 2019 (Isnin)  pada jam 11.00 pagi bertempat di Auditorium SEDA Malaysia. Pembekal hendaklah membawa satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Cop Syarikat semasa menghadiri sesi taklimat. Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) (www.mestecc.gov.my).
 
4. Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual pada 8 April 2019 (Isnin) dan 9 April 2019 (Selasa) dengan harga sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pembekal. Bayaran Dokumen hanya boleh dibuat secara ATAS TALIAN sahaja di atas nama:
 
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CIBBMYKL
 
5. Penyebut Harga hendaklah mengemukakan bukti pembayaran dan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga dan emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan (Azmi@seda.gov.my) sebelum atau pada 9 April 2019 (Selasa) jam 4.30 petang. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi secara online sahaja (PDF/MS Word) selepas terimaan bayaran disahkan. 
 
6. Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dibeli pada 8 April 2019 (Isnin) dan 9 April 2019 (Selasa) di SEDA Malaysia seperti ketetapan berikut:
 

Hari

Waktu

Isnin

11.30 Pagi – 4.30 Petang

Selasa

9.00 Pagi – 4.30 Petang

 
7. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut: 
 
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya
 
8. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
 
9. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
 
Borang                                                     

Borang Pembelian Sebut Harga                             Borang Pengesahan Kehadiran

 
Copyright © 2023 SEDA Malaysia. All Rights Reserved.
Terms and Conditions of Use Links Enquiry Contact Us FAQs Sitemap